Ragbi Piala Agong: Sabah panaskan badan jumpa Sabah Barbarians

Oleh Willie Jude 7 November 2019 125
Ragbi Piala Agong: Sabah panaskan badan jumpa Sabah Barbarians
Skuad ragbi Sabah akan menguji kekuatan mereka dalam aksi persahabatan menentang pasukan kelab tempatan, Sabah Barbarians, di Stadium Penampang, Sabtu ini. 

Aksi berkenaan sebagai persiapan untuk mereka mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Piala Agong, pertengahan bulan ini. 

Juara lima kali itu bakal memulakan saingan bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Universiti Putra Malaysia di Serdang,  16 November ini. 

Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, Brad Mika, ketika dihubungi berkata aksi persahabatan itu bukan sahaja pentas bagi memanaskan badan untuk pemain tetapi juga memberi peluang kepada peminat ragbi tempatan untuk menyaksikan pasukan Sabah beraksi. 

Untuk rekod, Sabah menjuarai Piala Agong sebanyak lima kali pada 2007, 2009, 2014, 2015 dan tahun lalu.
 

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen