Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) bertekad memastikan sebuah skuad mantap bagi membawa cabaran dalam Sukan SEA Manila 2019 selepas mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, hari ini.

Mesyuarat itu membincangkan hala tuju petanque sepanjang tahun ini memandangkan sukan itu tidak akan dipertandingkan dalam Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Jakarta/Palembang.

Justeru, tumpuan mereka adalah membentuk skuad bagi menghadapi Sukan SEA Manila, tahun depan.

"Senarai atlet yang dipilih kali ini tidak tetap.

"Kami akan menilai prestasi mereka dalam kejohanan pendedahan serta Sukan Malaysia (Sukma) Perak. Kalau standard permainan mereka turun, maka kami akan bertindak," kata Presiden PPM, Tan Sri Mohd Noor Abdul Rahim.

Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena.