Piala Dunia Ragbi: All Blacks elak kejutan Namibia 

Oleh Staff Writer 6 Oktober 2019
 Piala Dunia Ragbi: All Blacks elak kejutan Namibia 
NEW ZEALAND 71 NAMIBIA 9 

New Zealand All Blacks dipaksa memperkemaskan permainan sebelum dapat menundukkan Namibia dengan kemenangan besar 71-9 untuk melangkah ke suku akhir hasil rekod tanpa kalah dalam Kumpulan B, Piala Dunia Ragbi setakat ini.


New Zealand, yang diberi tentangan sengit oleh Afrika Selatan dan Itali sebelum ini, menyedari mereka lebih tertekan dalam menyerlahkan kemenangan di Stadium Ajinomoto, sebenar tadi. 

Namun, lawan mereka terlebih dahulu memimpin permainan menerusi tiga mata yang diraih daripada penalti yang disempurnakan Damien Stevens selepas dua minit aksi bermula.

Kemudian, barulah All Blacks melakukan try menerusi Sevu Reece untuk kedudukan menjadi 5-3.

Enggan menoleh ke belakang, All Blacks terus memastikan penguasaan sehingga babak pertama tamat dengan kedudukan 29-9.

Tambahan enam mata buat barisan kendalian Phil Davies itu kembali  menekan All Blacks untuk memperbaiki permainan dalam baki separuh masa.

Reece menggalas cabaran untuk merakamkan kemenangan ketiga berturut-turut itu apabila terus cemerlang dengan menambah satu lagi try pada minit ke-51 untuk keseluruhan 11 try buat All Blacks sambil menyekat skuad yang diberi jolokan Welwitschias itu daripada menambah sebarang mata.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen