JEPUN 3 AFRIKA SELATAN 26

Afrika Selatan membalas dendam di atas kekalahan mengejut kepada Jepun empat tahun lalu apabila mudah mengatasi The Brave Blossoms 26-3 dalam aksi suku akhir Piala Dunia Ragbi di Tokyo hari ini.


Jepun meraih kemenangan 34-32 ke atas The Springboks dalam edisi sebelum ini tetapi gagal mengulangi pencapaian itu dalam penampilan pertama mereka dalam pusingan suku akhir di laman sendiri.

Kapten Afrika Selatan, Siya Kolisi, berkata sebelum perlawanan bahawa kemenangan 41-7 ke atas skuad bimbingan Jamie Joseph itu bulan lalu menjadi pengukur mereka menghadapi Jepun, dengan kemenangan yang diraih sebentar tadi memastikan slot ke separuh akhir berdepan Wales.

Makazole Mapimpi, yang menjaringkan hatrik dalam aksi pemanas badan, kali ini melakukan masing-masing satu try dalam kedua-dua separuh masa.

Selepas berjaya melangkah ke suku akhir, Jepun ketinggalan awal dalam permainan apabila Faf de Klerk berjaya melakukan hantaran kepada Mapimpi untuk menyempurnakan try.

The Springboks kemudian terpaksa beraksi dengan 14 pemain buat 10 minit selepas Tendai Mtawarira diarah keluar padang kerana melakukan terjahan keras terhadap Keita Inagaki dan Jepun menggunakan kelebihan pemain untuk menyumbat penalti menerusi Yu Tamura.

Japan mempamerkan dominasi dan kawalan permainan yang kemas, namun selepas Afrika Selatan kembali beraksi dengan 15 pemain, mereka gagal untuk menambah jaringan sebelum tamat separuh masa.

Skuad kendalian Rassie Erasmus itu menampilkan permainan yang berdisiplin dan try Mapimpi memastikan kemenangan untuk terus menghidupkan peluang salah satu lagi bekas juara dunia untuk mendakap Piala Webb Ellis.