Piala Dunia Boling: Adrian terdesak buru kejuaraan

Oleh Staff Writer 21 Oktober 2019 56
Piala Dunia Boling: Adrian terdesak buru kejuaraan
Pemain boling tenpin negara, Adrian Ang, terdesak untuk memburu kejuaraan peribadinya dalam Piala Dunia Boling di Palembang bulan depan.

Kejohanan  itu merupakan penampilan ketiganya dalam Piala Dunia selepas turut menyertai edisi di Caracas, Venezuela pada 2006 dan Afrika Selatan pada 2011.

Baginya, kejuaraan itu merupakan satu-satunya gelaran yang mahu dimenanginya ketika ini memandangkan dia sudah memenangi hampir kesemua gelaran yang ditawarkan di peringkat tertinggi.

Selain Adrian, seorang lagi wakil Malaysia dalam Piala Dunia ialah Natasha Roslan.

"Sudah pasti, perbezaannya selama ini saya sudah terbiasa untuk beraksi bersama rakan sepasukan yang ramai.

"Kali ini, saya masih ditemani rakan sepasukan, iaitu Natasha.

"Tiada apa-apa kerana kami sudah terbiasa bersama.

"Ia merupakan saingan Piala Dunia ketiga buat saya.

"Ia pasti mencabar kerana negara-negara di seluruh dunia akan menghantar pemain terbaik mereka.

"Saya tidak meletakkan sasaran tetapi saya mahu memenanginya.

"Saya sudah memenangi semua gelaran sebelum ini, jadi saya akan melakukan yang terbaik," katanya.

Sebagai rekod, Syafiq Ridhwan pernah dinobat juara dalam edisi di Poland pada 2012.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen