Phoong dilantik Menteri Belia dan Sukan Sabah

Oleh Willie Jude 17 Mei 2019 842
Phoong dilantik Menteri Belia dan Sukan Sabah
Phoong Jin Zhe dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baru bagi menggantikan Frankie Poon Ming Fung yang bertukar portfolio ke Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat selepas menterinya sebelum ini, Stephen Wong Tien Fatt, meninggal dunia, baru-baru ini. 

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, hari ini. 

Phoong dalam status Facebooknya mengesahkan perkara itu dan berkata upacara angkat sumpah akan diadakan di Istana Negeri Sabah, minggu depan. 

"Saya gemar bermain bola keranjang pada zaman remaja. 

"Saya yakin dengan adanya infrastruktur sukan yang sempurna, kita dapat memupuk bakat atlet dan mewujudkan ahli-ahli sukan yang cemerlang. 

"Infrastruktur ini bukan bermaksud stadium sukan sahaja, malah di taman dan tempat sukan di sekitar kawasan perumahan.

"Untuk membina sebuah "Livable City", menaik taraf kemudahan sukan di taman rekreasi kawasan perumahan dan menggalakkan seluruh rakyat untuk bersenam merupakan tumpuan utama," kata menteri baru berusia 30 tahun itu dalam statusnya. 

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen