Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018 semakin menghampiri kemuncaknya.

Lima finalis bersaing merebut gelaran atlet terbaik pilihan Nadi Arena yang terdiri daripada Rafiq Ismail (boling tenpin), Azizulhasni Awang (berbasikal trek), Ridzuan Puzi (olahraga para), Goh Jin Wei (badminton) dan Syarul Azman Mahen (bina badan).

Sebanyak 40 peratus undian terdiri daripada juri awam (anda) manakala 60 peratus lagi ditentukan pengamal media dan persatuan sukan negara.

"Kami menyokong penuh usaha yang dilakukan Nadi Arena menerusi AJNA memandangkan ia mengiktiraf usaha yang dilakukan atlet negara.

"Ia merupakan usaha yang baik," kata Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hassan.

"AJNA merupakan usaha yang bagus kerana ia berprestij dan memberikan pengiktirafan kepada atlet.

"Ia juga memberikan paradigma kepada mereka untuk berusaha keras dan memartabatkan diri di persada dunia," kata Presiden Persatuan Petanque Malaysia (PPM), Datuk Radzi Mansor

Ayuh, mulakan proses pemilihan anda dengan cara klik di sini.