Pengorbanan Amy berbaloi selepas dinobat Olimpian 2018

Oleh Staff Writer 13 Disember 2018 573
Pengorbanan Amy berbaloi selepas dinobat Olimpian 2018
Pengorbanan gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng, untuk beraksi dalam kecederaan sejak empat tahun lalu nyata berbaloi selepas dia dinobatkan Olimpian Wanita, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2018, semalam.

Amy akhirnya berpeluang menjalani pembedahan buku lali kaki kirinya selepas tamat kempen tahun ini.

Kecederaan yang mula dialaminya sejak 2014 itu tidak menghalangnya untuk mengimbangi keperluan rawatan pemulihan dan aksi kompetitif.

Ia turut menyaksikan ratu gimrama itu membawa pulang satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

"Ia merupakan kecederaan lama yang saya lalui sejak 2014.

"Ketika itu, saya memutuskan untuk menjalani pembedahan di buku lali kanan sahaja.

"Namun, bahagian itu kembali terseliuh tahun lalu dan ia menjadi semakin serius.

"Sebelum ini, saya hanya bergantung kepada ubat penahan sakit dan suntikan.

"Selepas tamat semua kejohanan tahun ini, ia merupakan waktu yang sesuai untuk saya menjalani pembedahan," katanya.

Amy dijangka memerlukan tempoh enam bulan sebelum dibenarkan kembali ke gelanggang latihan.

Ia sesuatu yang memberangsangkan memandangkan Amy merupakan antara prospek pingat emas Malaysia dalam Sukan SEA Manila, tahun depan.

"Tahun ini penuh turun-naik buat saya.

"Saya melalui pelbagai kejohanan penting yang dan adakalanya tidak memihak saya.

"Saya menghadapi waktu yang sukar ketika menjalani pembedahan.

"Saya berterima kasih kepada MOM di atas anugerah yang diberikan kepada saya," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen