PABM belum jalankan siasatan rasmi

Oleh Staff Writer 21 Mei 2018 750
PABM belum jalankan siasatan rasmi
Naib Presiden, Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Ahmad Janius Abdullah, mengakui badan induk itu belum menjalankan siasatan rasmi mengenai kes doping tiga atlet remaja negara yang positif stanozolol kerana pemimpin mereka terlalu sibuk.

PABM belum memulakan langkah untuk menangani kes doping terbaru mereka.

Semua pegawai utama sibuk dengan urusan peribadi, sekali gus meletakkan aspek siasatan di bahu Majlis Sukan Negara (MSN) dan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS).

"Masalah dari segi pentadbiran kerana presiden dan timbalan presiden sedang berada di luar negara. 

"Jadi, kami tidak dapat bermesyuarat buat sementara waktu.

"Saya dimaklumkan mesyuarat akan diadakan pada minggu ini," kata Naib Presiden, Ahmad Janius Abdullah. 

Siasatan awal mendapati atlet terbabit membeli bahan terlarang menerusi internet dan mereka telah diarah meninggalkan asrama penginapan di MSN.

Setakat lima bulan pertama tahun ini, angkat berat mencatatkan empat kes positif doping, termasuk membabitkan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Gold Coast, Fazrul Azri Mohdad.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen