PABM adakan sidang media khas esok dipercayai kes doping terbaru

Oleh Staff Writer 16 Mei 2018 965
PABM adakan sidang media khas esok dipercayai kes doping terbaru
Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) akan mengadakan sidang media khas esok dipercayai berhubung kes doping terbaru membabitkan lebih daripada seorang atlet remaja kebangsaan.

Kes tersebut dijangka menggegar arena sukan negara, dengan ia membabitkan lebih daripada seorang atlet sehingga mewujudkan skandal doping terbesar dalam sejarah sukan Malaysia.

Kes itu dikesan oleh sepasukan pegawai Persekutuan Angkat Berat Dunia (IWF) yang menjalankan ujian doping sebelum Sukan Komanwel Gold Coast, bulan lalu.

Misi utama mereka mendapatkan sampel air kencing atlet senior, namun skuad negara ketika itu berlatih di Balik Papan, Indonesia.

Akhirnya, pegawai IWF mengambil keputusan menguji atlet remaja yang berlatih di Bukit Jalil.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen