Olahraga: Nurul Faizah Asma mahu kukuhkan reputasi

Oleh Staff Writer 21 Januari 2020 196
Olahraga: Nurul Faizah Asma mahu kukuhkan reputasi
Pelari pecut negara, Nurul Faizah Asma Mazlan, bertekad untuk menjadikan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia hujung tahun ini sebagai medan untuk menjamin kedudukannya dalam kejohanan yang akan datang, termasuk Sukan SEA Vietnam 2021.

Pelari kelahiran Terengganu itu gagal menyerlah dalam Sukan SEA Filipina bulan lalu, namun dia kini sudah bersedia melupakannya untuk memulakan kebangkitan dalam Kejohanan Terbuka Malaysia.

"Prestasi dalam Sukan SEA kurang memuaskan kerana saya tidak dapat menonjol dalam acara individu.

"Tetapi saya sudah melakukan yang terbaik dalam acara 4x100 meter.

"Saya kini sedang melakukan persiapan untuk menghadapi mana-mana kejohanan tempatan.

"Saya mahu mencapatkan catatan terbaik dalam Terbuka Malaysia.

"Kejohanan itu penting untuk kerana ia merupakan kejohanan tempatan terakhir sebelum menuju ke tahun 2021," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen