Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) akan memohon satu tiket 'wildcard' kepada Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF) selepas tiada wakil negara yang layak secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Skuad negara yang baru tiba dari Doha, Qatar begitu kecewa selepas gagal mengesahkan tiket ke saingan di Tokyo tahun depan.

Malah, beberapa atlet berpengalaman seperti Alia Sazana Azahari dan Johnathan Wong -- yang telah diletakkan dalam Program Podium sejak tiga tahun lalu -- gagal menggunakan kesempatan dalam Kejohanan Menembak Asia Ke-14 itu.

Ia merupakan kali pertama skuad menembak negara gagal ke pentas Olimpik sejak edisi 1984 dan NSAM akan mengemukakan rayuan memohon tiket 'wildcard' daripada ISSF.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.