Muka baru, berpengalaman terajui SAM

Oleh Staff Writer 10 Jun 2018 863
Muka baru, berpengalaman terajui SAM
Gandingan muka baru dan berpengalaman membentuk barisan kepemimpinan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) bagi penggal 2018-2020.

Pemilihan SAM sempena mesyuarat agung tahunannya (AGM) semalam menyaksikan pertandingan dalam beberapa jawatan, antaranya timbalan presiden, setiausaha kewangan serta ahli exco.

Penolong Naib Presiden Kanan Astro Arena, Ahmad Khawari Mohd Isa, tidak mempertahankan jawatan presiden yang kini diambil alih oleh Jasnie Shafie, yang menang tanpa bertanding.

Dua lagi kedudukan naib presiden turut menyaksikan tiada pertandingan, yang menyaksikan Ismadi Abd Manap dan Izahar Atan terpilih.

Tumpuan sudah pasti kepada pertarungan satu lawan satu untuk timbalan presiden di samping tujuh calon yang memburu lima kedudukan ahli exco.

Saingan timbalan presiden menyaksikan penyandang, Asan Ahmad, mengekalkan jawatan selepas mengatasi pencabar, Ajitpal Singh Dhaliwal.

Penyampai Astro Arena, Hafizal Hamad, pula memperoleh antara lima undian tertinggi bagi membentuk barisan ahli exco.

"Apa yang bakal dilakukan adalah untuk kebajikan dan kepentingan ahli-ahli di bawah naungan SAM," kata Hafizal.

Sementara itu, Naib Presiden SAM, Ismadi, berharap gandingan muka baru dan berpengalaman dalam pemilihan kali ini dapat terus memperjuangkan misi dan visi utama SAM dalam menjaga kepentingan ahlinya.

"Kami mengalu-alukan exco baru dan muda untuk menyertai SAM bagi penggal 2018-2020," katanya. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen