Pemangku Pengarah, Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan mengabaikan kebajikan atlet angkat berat meskipun Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menggantung atletnya daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa.

Elaun kesemua 18 atlet yang bernaung di bawah program MSN tetap akan dibayar seperti biasa di samping mereka juga masih bebas menggunakan segala kemudahan pusat latihan.

"Kami masih lagi memastikan atlet mendapatkan kemudahan, penginapan serta sokongan daripada pihak Institut Sukan Negara (ISN) dan MSN," kata Jefri.