Megat Shahriman bakal lepaskan jawatan presiden MASCA

Oleh Staff Writer 15 Januari 2020 267
Megat Shahriman bakal lepaskan jawatan presiden MASCA
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, memberi bayangan bakal melepaskan jawatan presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) hujung bulan ini.

Melepaskan salah satu jawatan merupakan janjinya selepas dipilih sebagai presiden MPM dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) tahun lalu. 

Buat masa ini, dia menyandang jawatan selaku presiden bagi tiga badan induk -- MPM, MASCA serta Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA).

Pelepasan jawatan itu bermakna Megat Shahriman mahu fokus mengendalikan MPM tetapi perlu menunggu sehinga hujung bulan ini ekoran pengurusan dokumentasi yang belum selesai sehingga kini. 

"Bila-bila boleh lepaskan jawatan ini kerana dalam sukan yang saya pegang seperti hoki, tiada apa yang berlaku dalam tempoh empat tahun kecuali Liga Hoki Malaysia.

"Apatah lagi sukan kanu, apa pun takda. Jadi, saya fikir fokus saya untuk Sukan Para Asean, kemudian saya akan maklumkan. Janji tetap janji, tiada 'U-turn'," katanya.



Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen