MCKK 15 VI 3

Juara bertahan, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), layak ke perlawanan akhir selepas mengetepikan wakil Selangor, Victoria Institution (VI), 15-3 dalam separuh akhir Kejohanan Ragbi 15's Super Sekolah-Sekolah 2019, petang tadi.


Dalam perlawanan di padang MCKK itu, tuan rumah mengutip mata pertama melalui try Ahmad Adneen Aiman Rosdi.

Bagaimanapun, VI merapatkan jurang melalui Ahmad Danish Aliff untuk menjadikan kedudukan 5-3 sehingga tamat separuh pertama.

MCKK meneruskan asakan dalam babak kedua yang menyaksikan permainan banyak berlegar di kawasan VI.

Kesungguhan tuan rumah berhasil apabila memungut mata melalui penalti Muhammad Danial Ishkandar.

Luqman Hakim Badrolhisham kemudian melakukan 'try' yang disepak masuk oleh Muhammad Danial untuk MCKK menang 15-3.

MCKK akan bertemu Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) dalam perlawanan akhir di Stadium Proton City, Tanjung Malim, 27 April ini.

Wakil Selangor itu menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh 26-21 dalam aksi separuh akhir.