Masih ingat akan kata-kata kesat serta caci-maki yang berbalas di antara Floyd Mayweather dan Conor McGregor?

Perkara itu berlaku sebelum kedua-duanya bersetuju untuk bertarung buat pertama kali dalam sejarah.

Bagaimanapun, Mayweather yang berusia 40 tahun memberikan komen dengan nada berbeza sejak pengumuman pertemuan itu disampaikan kepada umum.

“Dia (McGregor) adalah neraka buat semua yang mendekatinya,” kata Mayweather memuji pencabarnya.

Mayweather ditemui ketika menghadiri majlis tayangan filem mengenai Tupac Shakur, All Eyez On Me, pada awal minggu ini.

Pertarungan epik dua atlet termasyhur daripada seni bela diri campuran (MMA) dan peninju yang tidak pernah tewas ini akan diadakan di Las Vegas pada 26 Ogos depan.