LTdL: Nur Aiman tidak sangka bergelar raja bukit

Oleh Staff Writer 14 Februari 2020 447
LTdL: Nur Aiman tidak sangka bergelar raja bukit
Daripada seorang yang hanya bercita-cita untuk menjadi pemandu lori, pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Nur Aiman Zariff, akhirnya melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Raja Bukit Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, yang berakhir hari ini.

Pelumba kelahiran Terengganu itu menjadi anak tempatan pertama memperoleh anugerah itu sejak edisi pertama pada 1996.

"Syukur Alhamdulillah, saya memang tidak sangka ia akan menjadi kenyataan.

"Ia memang sesuatu yang amat besar buat saya.

"Saya tidak pernah bercita-cita menjadi pelumba basikal tetapi hari ini, saya mencipta sejarah sebagai pemenang jersi merah LTdL.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu dan bapa saya kerana sentiasa menyokong saya.

"Juga buat rakan-rakan yang selalu mendoakan saya.

"Kepada semua peminat, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen