Liga Kriket Dunia: Denmark sekat hajat Malaysia

Oleh Staff Writer 2 Mei 2018 260
Liga Kriket Dunia: Denmark sekat hajat Malaysia
Hasrat Malaysia untuk merakamkan kemenangan ketiga berturut turut dalam saingan Divisyen Empat, Liga Kriket Dunia (WCL) tidak kesampaian setelah dikecewakan Denmark dalam aksi yang berlangsung di Oval Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, petang tadi.

Malaysia berada dalam momentum yang baik selepas menundukkan pasukan Uganda dan Vanuatu sebelum ini tetapi ketika berdepan Denmark yang dikendalikan Jeremy Bray jelas sukar, terutama bertemu lawan yang merakamkan dua kemenangan sewaktu berdepan Jersey dan Bermuda.

Denmark yang memulakan perlawanan sebagai pemukul mendahului dengan 179 larian dengan menjatuhkan kesemua wiket dalam 49 overs sebelum Malaysia cuba mengejar, namun barisan pemain negara sukar untuk merapatkan jurang catatan larian yang dibuat Denmark apabila sekadar melakukan 146 larian.

Malaysia kini jatuh di tangga ketiga keseluruhan dengan mengutip empat mata selepas tiga perlawanan manakala Denmark unggul di persada liga dengan enam mata.

Lawan Malaysia selepas ini adalah Jersey esok.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen