Kuda lasak: Bulkhari berentap buru Piala Sultan Mizan

Oleh Tengku Danish Bahri   12 Oktober 2019
Kuda lasak: Bulkhari berentap buru Piala Sultan Mizan
Juara edisi 2017, Mohd Bulkhari Rozali, kembali memburu kejuaraan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Sultan Mizan di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, hari ini.

Mewakili Royal Terengganu Endurance Stable (RTES), peluang Bulkhari tampak cerah berikutan ketiadaan penyandang juara, Mohd Fuad Hashim, dalam perlumbaan 120km itu.

Turut bersaing merebut kategori individu adalah rakan sepasukannya, Asri Abdul Aziz, dan penunggang State Terengganu Endurance Team (STET), Azizatul Asma Datuk Abdullah.

Selain itu peserta Korea Selatan, Kim Ji Hye, Poon Ying Tung (Hong Kong), Diana Hui Ling (Singapura) serta Lara Beth Poynto dari Australia juga mengambil bahagian.

Lima wakil Thailand dan Indonesia tidak ketinggalan menyertai kejohanan yang turut mempertandingkan kategori 80km dan 40km itu.

Seramai 37 peserta kategori CEI 120km dilepaskan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di TIEP jam 5 petang tadi.

Perlumbaan yang memakan masa 12 jam itu dijangka berakhir awal pagi esok disusuli upacara penyampaian hadiah.

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri  

Komen