Skuad terjun negara yang sedang berlatih di Chengdu, China hanya dibenarkan berada di hotel penginapan dan venue latihan.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak jangkitan koronavirus.

Antara yang berlatih di sana ketika ini ialah Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Wendy Ng dan Enrique Harold.

"Kami semiua dalam keadaan baik di sini.

"Kami tidak dibenarkan keluar dari pusat latihan dan perlu memakai penutup muka ketika mendapatkan makanan.

"Orang luar tidak dibenarkan memasuki pusat latihan di sini, bahkan kami juga tidak dibenarkan keluar.

"Kami sendiri langsung tidak keluar ke mana-mana (selain pusat latihan), jadi kami mungkin dapat mengelak jangkitan," kata penerjun negara, Leong Mun Yee, ketika dihubungi hari ini.

Atlet dari Perak itu membantu Malaysia mengesahkan tiket acara 10m platform seirama wanita dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan, selain 10m platform individu dan 3m papan anjal individu wanita menerusi Pandelela dan Wendy.



Editor: Shaiful Shamsudin