Campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, seharusnya hanya menjadi penyelesaian terakhir dalam memuktamadkan masalah membabitkan atlet bukannya langkah pertama dalam satu-satu isu.

Dasar pintu terbuka Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman undang reaksi berbeza.

Ketika atlet mempunyai ruang untuk berbicara terus bersama menteri, bangkit tanda tanya terhadap fungsi persatuan sukan yang mewakili atlet masing-masing.

Rujukan kepada polemik ini membabitkan atlet lempar cakera, Irfan Shamsudin, dan atlet karate, Syakilla Salni Jeffery Krishnan yang memperoleh peluang kedua berlatih di Eropah di sebalik isu disiplin.

"Saya berpandangan atlet-atlet memerlukan saluran khas untuk meluahkan pandangan mereka," kata Kok Chi.

"Saluran ini dapat membantu untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mereka hadapi secara dalaman.

Bagaimanapun, Kok Chi lebih konservatif terhadap kelahiran semula program persiapan elit sukan negara, Program Podium.

Sebagai bekas pentadbir berpengalaman, aspek kewangan dan perbelanjaan menurut Kok Chi akan menentukan keberkesanan program ini menuju Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Selepas Sukan Asia dan Komanwel. Ramai yang berpandangan Program Podium tidak berjaya. Tetapi mengenai elaun serta gaji yang diberikan kepada atlet dan pegawai pasukan, saya tidak memiliki maklumat yang lebih mendalam."