Keputusan ujian doping tampak positif

Oleh Staff Writer 13 September 2017 246
Keputusan ujian doping tampak positif
Hanya satu kes yang dikesan positif selepas 700 keputusan sampel ujian doping diterima dan semua atlet negara hampir pasti bebas daripada menggunakan sebarang bahan terlarang di sepanjang saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan lalu. 

Perkara itu disahkan oleh Ketua Unit Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar, selepas menerima kira-kira 90 peratus keputusan ujian yang diperoleh dari makmal ujian dadah di New Delhi, India.

"Setakat ini, semua keputusan yang kami terima menunjukkan atlet-atlet Malaysia bebas daripada sebarang masalah, cuma diharapkan baki 104 keputusan yang bakal tiba tidak akan menghadapi sebarang masalah,” katanya.

Nishel juga menambah apabila sudah menerima semua keputusan nanti, dia yakin semua atlet Malaysia tidak berdepan sebarang masalah selepas beberapa usaha dilakukan sebelum bermulanya temasya dwitahunan itu.

"Sebelum Sukan SEA, kami sudah menjalankan ujian dan penerangan secara menyeluruh telah diadakan, jadi setiap atlet kini lebih peka.

"Kami menjangkakan keputusan yang seterusnya akan diterima pada Jumaat ini, dan berharap tiada atlet lagi yang terkandas."

Bagaimanapun, Nishel tidak mendedahkan identiti pemilik keputusan yang positif itu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen