Kejohanan Olahraga Tertutup: Hakimi cemerlang, Khairul Hafiz belum pasti

Oleh Staff Writer 16 Ogos 2019 2753
Kejohanan Olahraga Tertutup: Hakimi cemerlang, Khairul Hafiz belum pasti
Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia yang merupakan talian hayat terakhir bagi atlet olahraga menempah slot ke temasya Sukan SEA di Filipina, November depan, membuka tirai hari ini.

Hari pertama sesi pagi kejohanan tiga hari itu menyaksikan antara acara tumpuan adalah final lompat kijang lelaki, final lompat tinggi wanita dan separuh akhir 100 meter lelaki.

Acara lompat kijang lelaki menyaksikan Hakimi Ismail menjuarainya dengan lompatan 15.60 meter dan acara lompat tinggi wanita pula dimenangi Ngu Jia Xin dengan catatan 1.75m.

Pastinya tumpuan utama terarah kepada raja pecut Asia Tenggara 2017, Khairul Hafiz Jantan, yang mudah mara ke pentas final 100m lelaki sesi petang ini dengan catatan  masa 10.59 saat.

Dia harus mencatat sekurang-kurangnya 10.43s bagi menempah slot ke temasya dwitahunan itu hujung tahun ini. 

Untuk perkembangan lanjut, ikuti Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen