Kejohanan Dunia: Nerosha ganti Shalin ke AS

Oleh Staff Writer 16 Ogos 2019 246
Kejohanan Dunia: Nerosha ganti Shalin ke AS
Skuad boling negara berlepas ke Kejohanan Wanita Dunia 2019 hari ini dengan harapan terletak kepada Nerosha Keligit selaku pengganti Shalin Zulkifli dalam kategori berpasukan bersama skuad senior. 

Saingan yang bakal dijalankan dari 22 hingga 30 Ogos ini bakal menyaksikan pasukan kebangsaan turun dengan misi mempertahankan kejuaraan kategori berpasukan yang diraih dua tahun lalu.

Tumpuan pastinya terarah kepada Nerosha yang dipilih menggantikan tempat ratu boling negara, Shalin, untuk sama-sama membawa cabaran bersama Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Esther Cheah, Siti Safiyah Abdul Rahman dan Natasha Roslan.

Nadi Arena pada jam 5.30 petang, 7.30 dan 11 malam ini bakal menyiarkan perkembangan mengenai Nerosha yang bakal melalui pengalaman pertama di pentas Kejohanan Dunia.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen