Usia 41 tahun jelas tidak menghalang ratu boling negara, Shalin Zulkifli, untuk terus mempamerkan kecemerlangan selepas menjuarai Kejohanan Asia Ke-25 di Kuwait, hari ini.

Juara dunia tiga kali itu mencatat 1,498 jatuhan pin untuk mengatasi pencabar utama dari Indonesia, Nadia Pramanik, yang meraih 1,492 jatuhan pin pada hari pertama saingan di Kelab Sukan Boling itu.

Rakan senegaranya, Sin Li Jane, mengutip pingat gangsa selepas meraih 1,471 jatuhan pin, sekali gus membolehkan kem kebangsaan bermula cemerlang.

Lapan lagi atlet kebangsaan turut turun beraksi tetapi Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman terpaksa berpuas hati di tempat kelapan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (12), Easter Cheah (21) serta Nur Syazwani Saha di tempat ke-35.

Dalam edisi di Hong Kong, tiga tahun lalu, Malaysia membawa pulang tiga emas, dua perak dan empat gangsa.

Kredit foto: Team Malaysia