Kejohanan Asia medan kebangkitan skuad negara

Oleh Staff Writer 12 September 2019 311
Kejohanan Asia medan kebangkitan skuad negara
"Medan kebangkitan dan pemilihan," kata ketua jurulatih skuad boling tenpin negara, Holloway Cheah, buat barisan pemain kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Asia di Kuwait bulan depan.

Skuad negara memaparkan aksi hambar dalam Kejohanan Wanita Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat bulan lalu apabila bukan sahaja gagal mempertahankan pingat emas acara berpasukan, malah turut gagal meraih sebarang pingat dalam acara individu, beregu dan trio.

Bagaimanapun, pengendali itu tetap berbangga dengan prestasi pemainnya dan yakin mereka mampu bangkit dalam kejohanan di Kuwait itu.

"Secara keseluruhannya, prestasi pasukan kami tidak begitu buruk seperti yang semua sangkakan.

"Walaupun kami tidak memenangi pingat dalam Kejohanan Dunia, prestasi kami secara keseluruhannya masih amat baik.

"Jika anda lihat kepada pasukan lain seperti Singapura dan Indonesia, mereka meningkat dengan amat pesat dan sentiasa di tahap yang hampir sama dengan kami.

"Ia tidak akan mudah tetapi kami akan mempersiapkan diri sebaik mungkin.

"Jika anda mengenali pasukan ini, kami sentiasa menyerlah dalam kejohanan penting," katanya.

Sementara itu, pemain wanita negara, Sin Li Jane, optimis untuk meraih pingat dalam kejohanan berkenaan selepas menjuarai Kejohanan Terbuka Antarabangsa Sarawak minggu lalu.

"Saya akan melakukan yang terbaik dan berharap dapat bangkit dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

"Saya rasa kami mampu meraih pingat," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen