Jonathan, Aqil pertahan program latihan jurulatih

Oleh Staff Writer 13 Februari 2019 109
Jonathan, Aqil pertahan program latihan jurulatih
Atlet pecut negara, Jonathan Nyepa dan Aqil Yasmin, mempertahankan prestasi mereka masih belum tersasar daripada program latihan yang ditetapkan jurulatih masing-masing.

Jonathan tidak terkesan dengan kritikan pedas bekas jaguh pecut negara, Azmi Ibrahim.

Mungkin kelibat mereka tidak sehebat era Azmi-Watson Nyambek satu ketika dahulu, namun tahap pencapaian mereka saban tahun tidak pernah tersasar daripada graf yang ditetapkan, malah lebih baik daripada atlet terdahulu.

"Saya berasakan saingan dalam acara pecut kini lebih sengit dan ia membantu atlet-atlet negara berusaha untuk melakukan catatan terbaik," kata Jonathan.

Nada sama disuarakan oleh Aqil yang beranggapan catatan masa yang dilakar setiap atlet pecut negara masih relevan mengikut faktor umur dan menyerlah dalam kejohanan penting di peringkat antarabangsa.

"Benar sukar untuk melakukan catatan terbaik tetapi saya selesa dengan program latihan yang telah ditetapkan jurulatih," kata Aqil.

Terdahulu, Azmi meluahkan rasa hairan mengapa perkembangan atlet pecut negara melewati proses yang perlahan untuk konsisten saban waktu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen