Jack Chang tangguh bulan madu demi negara

Oleh Staff Writer 18 Mei 2018 737
Jack Chang tangguh bulan madu demi negara
Atlet wushu negara, Loh Jack Chang, melupakan seketika bulan madu dengan mengutamakan persediaan ke Sukan Asia Jakarta-Palembang, Ogos depan yang turut merupakan penampilan terakhirnya bersama negara.

Jack Chang bakal menamatkan zaman bujangnya pada 26 Mei ini dan majlis resepsinya bakal berlangsung pada 9 Jun depan.

Sehari selepas majlis resepsinya, Jack Chang perlu kembali ke pangkuan skuad negara yang akan berlepas ke China selama sebulan untuk persediaan ke Sukan Asia.

Mengakui penerimaan awal bakal isteri dan keluarga tidak memihak kepada situasinya, namun keadaan itu berubah memandangkan ini adalah tugasan penting untuk negara.

"Pada mulanya, sudah tentu mereka sedikit susah hati kerana baru berkahwin tetapi perlu ke China untuk latihan. Bagaimanapun, mereka memahaminya dan sentiasa menyokong," katanya.

Jack Chang mengidamkan pingat pertama Sukan Asia dalam penampilan terakhir kariernya sebagai atlet wushu negara.

"Pada awal tahun ini, tunang saya memberikan dorongan kerana baginya, selagi saya mampu, teruskan usaha itu."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen