Debaran skuad angkat berat negara berakhir apabila dibenarkan untuk menyertai Kejohanan Dunia di Pattaya, Thailand, bermula esok selepas Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) memberi jaminan untuk membayar hutang pembayaran denda kes doping bernilai RM106,000.

Empat atlet, yang diketuai pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Aznil Bidin, berlepas ke Pattaya pagi tadi untuk membawa cabaran Malaysia dalam kejohanan berkenaan.

Pujian perlu diberikan kepada PABM yang bertungkus-lumus mencari penyelesaian saat-saat akhir untuk menyelesaikan denda hukuman kes doping sepanjang beberapa tahun lalu itu.

Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) mengarahkan Malaysia untuk melangsaikan hutang itu terlebih dahulu sebelum atlet negara dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan, yang turut menawarkan tiket dan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.