Isner terlepas Terbuka Perancis

Oleh Staff Writer 18 Mei 2019 198
Isner terlepas Terbuka Perancis
John Isner bakal terlepas Terbuka Perancis selepas gagal pulih daripada kecederaan kaki.

Pemain Amerika Syarikat itu memilih untuk tidak terlibat dengan saingan di Paris kerana masih dalam proses untuk pulih daripada kecederaan yang dialami sejak final Terbuka Miami.

Isner menjelaskan bahawa kecederaannya "masih belum pulih sepenuhnya" dan tidak sempat untuk beraksi di atas gelanggang tanah liat di Paris.

"Terlepas saingan Grand Slam bukanlah kebiasaan buat saya, saya sangat bertuah kerana memiliki tahap kecergasan yang baik sepanjang karier saya.

"Ini merupakan halangan yang perlu saya hadapi dan saya pasti akan pulih sepenuhnya. Saya berharap untuk bertemu anda semua di Wimbledon!"

Pemain berusia 34 tahun itu yang tidak beraksi sejak tewas 6-1, 6-4 kepada Roger Federer di Miami, menarik diri daripada saingan Masters 1000 gelanggang tanah liat di Monte Carlo, Madrid dan Rome. 

Isner, yang telah beraksi dalam 37 daripada 38 kejohana utama sejak Terbuka AS 2009, terlepas Terbuka Australia pada 2013 kerana mengalami kecederaan lutut.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen