Irfan sedia manfaat perguruan di Eropah

Oleh Staff Writer 17 September 2019 28
Irfan sedia manfaat perguruan di Eropah
Biarpun mendominasi setiap kejohanan di Malaysia, atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin, mahu meningkatkan teknik lemparannya selepas enam bulan berguru di Eropah.

Selepas meraih pingat emas dalam Kejohanan Tertutup Malaysia bulan lalu, Irfan menyifatkan persembahannya itu masih belum memuaskan.

Dia kini sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Terbuka Tuaran di Sabah, hujung minggu ini. 

Sebelum ini, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk berkelana di beberapa negara Eropah, termasuk Jerman, Republik Czech dan Sepanyol bagi menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih terbaik dunia. 

Dia mengakui perlu segera menguasai beberapa teknik baru yang dipelajarinya sepanjang tempoh itu.

"Adakalanya ia menjadi, adakalanya tidak.

"Dalam sesi latihan, balingan saya boleh mencecah 64 hingga 65 (meter).

"Jika saya dapat menggunakan teknik itu dengan betul, ia menjadi amat mudah.

"Apa yang saya belajar di sana (Eropah) merupakan teknik yang betul-betul menggunakan (kekuatan) otot.

"Sebelum ini, mungkin saya menggunakan kekuatan semata-mata tanpa teknik yang betul tetapi sekarang, saya hanya menunggu masa yang sesuai untuk menggunakannya dalam kejohanan," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen