Pengarah Program Podium, Tim Newenham, menegaskan keputusan hukuman buat penerjun negara yang terlibat dalam insiden mengambil minuman beralkohol ketika latihan di China, Februari lalu, akan diputuskan dalam masa terdekat.

Mereka tidak akan berlengah dalam menyiasat insiden itu memandangkan Sukan Asia hanya berbaki lebih kurang dua bulan lagi.

Apa yang pasti, hukuman yang bakal dikenakan adalah selari dengan kesalahan mereka di samping ingin memberi pengajaran berguna buat kesemua atlet tidak mengira sukan.

"Kami akan membuat penilaian secara menyeluruh bagi mendapatkan tindakan terbaik yang harus diberikan kepada atlet-atlet ini," kata Newenham.

Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen, turut mengesahkan akan melantik pengiring sepenuh masa bagi mengawal dan menjaga barisan penerjun ketika di luar negara selepas ini.

"Pegawai pengiring merupakan antara cadangan utama kerana mereka dapat membantu memastikan pergerakan atlet ketika berada di luar negara," katanya.