Selepas empat tahun Kejohanan Golf Terbuka Malaysia menyepi, kejohanan itu kembali tahun ini selepas masalah penajaan berjaya diatasi sekali gus menyaksikan ganjaran USD1 juta (RM4.1j) menjadi rebutan pemenang.

Suntikan daripada penaja rasmi, Bandar Malaysia Sdn Bhd, bakal menyaksikan kejohanan yang mula diperkenalkan sejak 1962 itu telah melahirkan pemain golf handalan dunia seperti Vijay Singh dan Lee Westwood.

Terbuka Malaysia pada awal bulan depan ternyata menjadi medan terbaik untuk mengukur kemampuan pemain golf profesional dan amatur negara di pentas Asia menerusi kerjasama dengan Organisasi Golf Jelajah Jepun.

"Kami telah menurunkan wang kemenangan daripada USD3j (RM12.4j) kepada USD1j, begitu juga dengan Singapura.

"Wang kemenangan itu telah difokuskan itu kepada Jelajah Asia dan Jelajah Eropah.

"Jadi kami tidak akan memberi tumpuan kepada Jelajah Eropah," kata Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, hari ini.

Golf Terbuka Malaysia tetap akan diteruskan dengan langkah pencegahan virus koronavirus (covid-19) dititikberatkan bagi menjaga keselamatan atlet.

Saingan itu akan membuka tirai di Kelab Golf Kota Permai dari 5 hingga 8 Mac depan.