Brooks Koepka memulakan misi mempertahankan gelaran Kejohanan Golf PGA Amerika Syarikat (AS) dengan langkah mengagumkan tetapi menamatkan pusingan pembukaan dengan hanya berkelebihan satu pukulan ke atas Danny Lee.

Walaupun ramai pemain terperangkap di lapangan Bethpage Black, awal pagi tadi, Koepka menghasilkan catatan 63 pukulan di peringkat awal permainan untuk melakar rekod baru lapangan tersebut.

Bermula di lubang sembilan terakhir, pemain AS itu memulakan aksi dengan birdie hasil pukulan jauh dan terus mempamerkan sentuhan klinikal untuk melakar rekod baru lapangan walaupun gagal untuk memanfaatkan pukulan di kedua-dua lubang par lima.

Catatan tujuh di bawah par oleh Koepka menyaksikannya muncul pemain ketiga yang merakamkan keputusan berbeza-beza dengan 63 pukulan atau lebih dalam kejohanan utama untuk mengikut jejak Greg Norman dan Vijay Singh.

Catatan itu hampir meletakkan Koepka dalam kedudukan lebih selesa sebelum Lee melakukan 64 pukulan -- pusingan terbaiknya sepanjang penyertaannya dalam kejohanan utama.

Pemain New Zealand itu memerlukan hanya 21 putt sementara pukulan tidak menjadi di lubang kelima dan 15 menjejaskan rentaknya, namun melakukan rentetan birdie untuk memberikan tentangan kepada Koepka di puncak.

Pemain berbangsa Inggeris, Tommy Fleetwood, meraih tangga ketiga dengan tiga pukulan di bawah par, berkelebihan satu pukulan untuk mengatasi lima pemain lelaki yang berkongsi tangga keempat, iaitu trio AS, Chez Reavie, Luke List dan Pat Perez, disusuli pemain Korea Selatan, Sung Kang, dan pemain Perancis, Mike Lorenzo-Vera.

Dustin Johnson dan Jordan Spieth pula merakam satu pukulan di bawah par untuk menyamai catatan Jason Day, Rickie Fowler dan Phil Mickelson tetapi ia hari yang sukar buat beberapa nama besar yang lain di lapangan tersebut.

Tiger Woods, yang beraksi di samping Koepka dan Francesco Molinari, bermula dengan enam bogey sebelum mencatat dua birdie dan eagle untuk merakam pukulan di bawah par, namun juara Masters itu melepaskan tiga pukulan dalam lima lubang terakhir untuk menamatkan saingan hari pertama dengan dua pukulan di atas par.

Rory McIlroy turut menyamai kedudukan Woods hasil tiga pukulan ketika mencatat empat di bawah par di lubang ke-18.