Gold Coast 2018: Aznil tolak beban tekanan

Oleh Staff Writer 3 April 2018 47
Gold Coast 2018: Aznil tolak beban tekanan
Atlet angkat berat negara, Mohd Aznil Bidin, tidak mahu terlalu memikirkan beban untuk meraih kejayaan apabila menghadapi cabaran Sukan Komanwel Gold Coast selepas dirinya diletakkan sebagai prospek pingat awal buat kontinjen negara kali ini.

Aznil akan turun beraksi dalam kategori 62 kilogram untuk penampilan sulungnya di pentas Sukan Komanwel.

Berdepan cabaran getir, Aznil menjadi sandaran pingat perak buat skuad angkat berat selepas Azroy Hazal Wafie diletakkan harapan menggunung untuk kilauan emas.

Apa yang menariknya, atlet dari Kedah itu akan turun beraksi selepas Azroy, iaitu pada hari pertama pemburuan pingat kontinjen negara di Gold Coast, Khamis ini.

"Debaran itu memang terasa tetapi tidak perlu terlalu memikirkannya.

"Tekanan sentiasa ada tetapi kadangkala saya hubungi ibu untuk hilangkan rasa gementar," kata Aznil.

Terdahulu, skuad angkat berat negara sudah mula menjalani latihan hari pertama di Gold Coast hari ini selepas mereka tiba di Australia, semalam.

Dalam saingan empat tahun lalu di Glasgow, kem kebangsaan meraih sebutir pingat emas dan satu perak, masing-masing menerusi Mohd Hafifi Mansor dalam kategori 69kg dan Zulhelmi Md Pisol (56kg). 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen