Futsal AFF: Malaysia jumpa Thailand dalam final

Oleh Staff Writer 9 November 2018 5541
Futsal AFF: Malaysia jumpa Thailand dalam final
MALAYSIA 2 VIETNAM 2
(Malaysia menang pentuan penalti 5-4)

Malaysia mencipta kemenangan ke atas Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas seri 2-2 untuk melangkah ke final Kejohanan Futsal AFF di Jogjakarta, sebentar tadi.


Malaysia seterusnya akan berdepan juara bertahan, Thailand, yang melangkah ke final menerusi kemenangan 3-2 ke atas tuan rumah, Indonesia.

Perlawanan final ini bakal menjadi peluang terbaik buat skuad kendalian Chiew Chun Yong itu memadam memori kekalahan 4-3 dalam aksi final tahun lalu.

Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan menerusis sentuhan penyudah Azwann Ismail dalam babak pertama sebelum Azri Rahman membolehkan skuad negara mendahului 2-0 pada permulaan babak kedua.

Bagaimanapun, Vietnam mempamerkan kebangkitan apabila Vu Quoc Hung dan Nguyen Thanh Tin menjaringkan dua gol untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.

Selepas 10 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan gagal mencetak jaringan dan Malaysia meraih kemenangan menerusi sepakan penalti 5-4.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen