Futsal AFF: Chun Yong mahu Malaysia lakar sejarah

Oleh Staff Writer 10 November 2018 1763
Futsal AFF: Chun Yong mahu Malaysia lakar sejarah
Thailand memang hebat tetapi jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong, melaungkan bukan saja tidak gentar, malah mengimpikan satu sejarah baru mampu tercipta di Jogjakarta di pentas final Kejohanan Futsal AFF, esok.

Skuad futsal negara tidak pernah muncul juara dalam Kejohanan AFF walaupun pernah empat kali melangkah ke pentas akhir.

Paling dekat ialah pada tahun lalu apabila sudah hampir untuk muncul juara, namun dikecewakan dengan kebangkitan akhir Thailand.

Chun Yong menyimpan impian mereka mampu memadamkan duka yang dialami tahun lalu dengan pulang berbekalkan kejuaraan kali pertama.

"Thailand adalah pasukan pilihan tetapi Malaysia turut bermotivasi untuk mencipta perlawanan terbaik. Kami akan menyediakan taktikal yang tersendiri bagi mencari jalan mengatasi Thailand," katanya.

Pasukan negara, yang menewaskan Vietnam melalui penentuan sepakan penalti 5-4 dalam separuh akhir, menerima tamparan hebat apabila kehilangan dua tonggak utama.

Selain Saiful Nizam Mohd Ali, Irwan Bakri juga terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan ketika aksi menentang Vietnam.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen