Penjaga gol futsal negara, Azrul Hadee Mohd Taufiq, menebus kehampaan tersisih daripada Sukan SEA Kuala Lumpur lalu dengan memainkan peranan penting buat skuad negara dalam kejohanan Futsal AFC di Taiwan, bulan depan.

Kecederaan lutut yang dialaminya sebelum temasya Ogos lalu itu memusnahkan impiannya untuk beraksi di laman sendiri.

Hadee kemudian bangkit selaku pilihan utama dalam Kejohanan AFF, November lalu, dengan membantu skuad negara muncul naib juara.

Hadee kerap menjadi pilihan kedua di belakang Firdaus Razali, namun selepas aksi meyakinkan dalam saingan AFF, dia kini semakin bersedia untuk membuktikan keupayaan sebagai pilihan utama di benteng akhir pasukan.


Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 11 malam ini.