Final Ragbi Cobra 10s: Corak permainan jadi soal nombor dua 

Oleh Staff Writer 10 November 2019 163
Final Ragbi Cobra 10s: Corak permainan jadi soal nombor dua 
Skuad ragbi Cobra menamatkan penantian 10 tahun apabila mengalahkan pasukan Blackhawks 15-12 di pentas final Kejohanan Ragbi Cobra 10s edisi ke-49, hari ini. 

Pada awal perlawanan, Cobra menguasai perlawanan melalui dua try dan satu conversion, namun Blackhawks tangkas mencari rentak menyamakan keadaan 12-12 sebelum tamat separuh masa pertama.

Dalam aksi separuh masa kedua, perlawanan dilihat seimbang sebelum tuah memihak kepada tuan rumah apabila menyempurnakan tendangan penalti pada saat-saat akhir permainan. 

Walaupun menjuarai edisi ke-49 itu, ketua jurulaith skuad Cobra, Clayton Mcmillan, hampa dengan cara kemenangan skuad kendaliannya.

"Kami sekadar membawa lari bola dan melakukan try. 

"Bunyinya seperti tidak adil dengan hanya melakukan larian kencang tetapi ia juga mungkin didorong bahawa kelab ini tidak pernah memenangi sebarang gelaran dalam tempoh 10 tahun ini. 

"Jadi, mereka menggalas tanggungjawab dan tekanan untuk meraih kejayaan lalu dalam aksi final, mereka cuba meraih seberapa banyak mata yang dan melakukan penalti.

"Itulah cara kami memenangi perlawanan ini," katanya. 

Cobra selaku juara kejohanan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 manakala Blackhawks mendapat RM10,000. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen