Pelumba basikal lebuh raya negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, berdepan tugas sukar untuk terpilih ke Sukan Asia Jakarta-Palembang, Ogos depan apabila empat pelumba diletakkan sebagai pilihan utama berkayuh untuk Malaysia.

"Walaupun baru pulih daripada kecederaan, saya masih menjalani latihan di rumah.

"Dalam senarai ujian masa, saya adalah yang terbaik berdasarkan Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) baru-baru ini," katanya.

Pakar acara ujian masa individu ini pernah menyertai Sukan Asia Incheon 2014 dan meraih tangga kelapan.

Kali ini, dia perlu bersaing dengan pelumba muda, Nik Mohd Azwan Zulkifli, untuk merebut tempat dalam acara itu.

"Saya sekarang ini sudah 100 peratus pulih. Tempoh yang diperlukan memang singkat tetapi saya yakin dapat kembali ke prestasi terbaik dalam tempoh dua, tiga bulan ini," katanya lagi.