Saingan Terbuka Antarabangsa Malaysia tidak lagi menjadi kejohanan pertama skuad boling tenpin negara, sebaliknya Eropah dan Amerika Syarikat menjadi destinasi untuk mereka memulakan musim 2020 secara rasmi.

Terbuka Antarabangsa Malaysia sepatutnya dijadualkan berlangsung Mac dan April depan, namun kini ditunda gara-gara wabak COVID-19.

Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) akan berusaha untuk memastikan kejohanan itu dianjurkan pada hujung tahun tetapi terdapat kemungkinan untuk edisi ke-41, ia terpaksa dibatalkan memandangkan sebilangan besar saingan dalam Asia ditunda.

"Kami cuba untuk menyiapkan pasukan November lalu tetapi kami perlu melihat apa yang dilakukan negara lain serta sama ada kami mampu anjurkan saingan atau tidak. Ada kemungkinan ia dibatalkan," kata Setiausaha Agung MTBC, Maradona Chok.

Skuad lelaki akan ke Eropah untuk saingan Cabaran Brunswick di Munich, Jerman bermula 17 Mac depan sambil kem wanita akan berkelana di Amerika Syarikat untuk empat saingan Jelajah Persekutuan Pemain Boling Profesional (PWBA) bermula 23 April sehingga 19 Mei depan.

"Virus telah memberi kesan di seluruh Asia. Kejohanan hingga Jun depan telah ditunda. Kami melihat apa yang boleh disertai. Skuad lelaki akan ke Jerman pada 17 Mac nanti sambil pasukan wanita ke Amerika Syarikat, April depan."