Empat negara luar sertai Kejohanan Polo Air Terbuka Malaysia

Oleh Azizan Hashim 13 Disember 2018 471
Empat negara luar sertai Kejohanan Polo Air Terbuka Malaysia
Empat negara, iaitu Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan Filipina adalah antara 21 pasukan yang akan berentap dalam Kejohanan Polo Air Terbuka Malaysia Ke-60 di Pusat Akuatik Tuanku Zara, Ipoh, bermula esok.

Pasukan-pasukan lain adalah Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tuan rumah, Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Leong Weng Soon, berkata tiga kategori dipertandingkan, iaitu terbuka lelaki dan wanita serta lelaki B-15 dalam kejohananan tiga hari itu.

Katanya, sembilan pasukan menyertai kategori terbuka lelaki iaitu Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, ATM, Thailand, Filipina dan tuan rumah, Perak A serta Perak B.

Tujuh pasukan bertanding dalam kategori wanita, iaitu Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Hong Kong, Thailand dan Singapura.

Lima pasukan pula akan bersaing dalam kategori B-15 merangkumi Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Sri Lanka.

Juara edisi tahun lalu, Malaysia dan naib juara, Singapura B-17, tidak menyertai kejohanan kali ini.

Tirai kejohanan akan disingkap dengan pertemuan Melaka menentang ATM dalam kategori terbuka lelaki manakala Kuala Lumpur bertemu Negeri Sembilan dalam kategori B-15, bermula jam 9.00 pagi.

*Gambar hiasan

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen