AUG: Welson baharui rekod sembilan tahun Bego

Oleh Staff Writer 13 Disember 2018 690
AUG: Welson baharui rekod sembilan tahun Bego
Perenang negara, Welson Sim Wee Sheng, memberi perkhabaran gembira dalam Sukan Universiti Asean (AUG) di Nay Pyi Taw, Myanmar, dengan bukan sahaja menjuarai acara 100 meter gaya bebas lelaki, malah turut memecahkan rekod kebangsaan yang dipegang Daniel Bego sejak Sukan SEA Laos 2009, sebentar tadi.

Pingat emas itu merupakan yang keempat buat perenang Sarawak itu dalam edisi kali ini.

Welson menamatkan perlumbaan dangan catatan 50.03 saat, menewaskan rakan sepasukan, Keith Lim Kit Sern, di kedudukan pingat perak, manakala wakil Thailand, Kitiya Tanakrit, meraih gangsa.

Catatan itu menyaksikan Welson memperbaharui rekod kejohanan 50.22s milik perenang Indonesia, Triady Fauzi Sidiq, dalam edisi di Singapura, dua tahun lalu.

Lebih manis, dia turut memperbaharui rekod kebangsaan 50.16s yang dipegang Bego selama sembilan tahun, sebelum ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen