Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, mahu memperkenalkan kejohanan yang melibatkan negara-negara Komanwel bermula tahun depan.

Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat itu, Halim berharap pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dapat memberi sokongan serta bantuan kepada ASTAF.

Justeru, Halim mahu menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah pertama bagi kejohanan itu, sekali gus mewujudkan kejohanan berprestij di persada dunia.

Usaha itu juga bagi memastikan sukan sepak takraw menjadi sukan yang diiktiraf dalam Sukan Komanwel 2024 di Birmingham.

"Kami memohon jasa baik Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria, untuk membantu ASTAF menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Negara-Negara Komanwel yang akan bermula tahun depan," katanya.