ARC: Malaysia bermula langkah kiri

Oleh Staff Writer 18 Mei 2019 591
ARC: Malaysia bermula langkah kiri
KOREA SELATAN 52 MALAYSIA 14

Malaysia memulakan saingan Divisyen Perdana, Kejohanan Ragbi Asia (ARC) dengan langkah kiri selepas tewas 52-14 kepada Korea Selatan di Incheon, hari ini.


Skuad negara bermula baik di Stadium Nandong itu dengan mendahului 7-0 hasil try Lawrance Petrus dan conversion yang disudahkan Fairuz Abdul Rahman.

Bagaimanapun, Korea Selatan tidak menunggu lama untuk kembali mengejar dengan hanya empat minit diperlukan You Jihoon untuk melakukan try bagi merapatkan kedudukan kepada 5-7.

Korea Selatan memulakan dominasi mereka apabila gandingan Lee Myung Jun dan Han Gumi, masing-masing menyempurnakan try dan conversion untuk tuan rumah mendahuli 17-7 sepanjang babak pertama.

Korea Selatan memaparkan aksi lebih agresif dalam babak kedua apabila meraih try keempat dalam tempoh dua minit pertama sebelum ketua pasukan, Na Kwanyoung, menghasilkan satu lagi try untuk melebarkan kedudukan kepada 31-7.

Malaysia mewujudkan sedikit harapan menerusi try daripada Mark Lee serta conversion yang disudahkanm Fairuz.

Bagaimanapun, Korea Selatan menghasilkan tiga lagi try untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 52-14.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen