ARC 2018: Malaysia gagal beri saingan kepada Korea

Oleh Staff Writer 19 Mei 2018 4490
ARC 2018: Malaysia gagal beri saingan kepada Korea
KOREA SELATAN 67 MALAYSIA 12

Setelah tewas 35-10 kepada Korea Selatan dalam pertemuan pertama, skuad negara berazam untuk memperbaiki keputusan, namun terpaksa akur apabila gagal memberi saingan kepada pasukan tuan rumah dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2018, sebentar tadi.  


Misi Malaysia dalam kejohanan ini bukanlah mudah setelah tewas dua perlawanan kepada Korea dan Hong Kong.

Aksi timbal balik ini menyaksikan pengendali skuad negara, Lee Nyuk Fah, perlu mengehadkan keputusan daripada mengalami satu lagi kekalahan besar.

Mimpi ngeri tewas 35-10 dalam pertemuan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil berulang lagi di Incheon -- kali ini Korea mendahului 28-0, sekali gus tidak memberikan ruang untuk skuad negara bangkit dan mengutip mata.

Malaysia akhirnya berjaya menebus maruah apabila Samuela Tamanisau menghasilkan try untuk menyumbang lima mata buat skuad negara.

Tidak lama kemudian, giliran Muhamad Amirul Aqil Kamsol, menghasilkan conversion dan menjadikan kedudukan 38-7.

Pada minit ke-73, Mohd Aiman Jamaluddin berjaya menghasilkan try dan menyumbang lima mata lagi kepada skuad negara

Namun, kemenangan tetap berpihak kepada Korea yang mencatat kemenangan besar 67-12.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen