Akuatik Dunia: Kejayaan Pandelela-Mun Yee cetus tanda tanya 

Oleh Staff Writer 15 Julai 2019 55378
Akuatik Dunia: Kejayaan Pandelela-Mun Yee cetus tanda tanya 
Kejayaan penerjun negara, Pandelela Rinong-Leong Mun Yee, meraih pingat perak dalam acara 10m platform terjun seirama Kejohanan Akuatik Dunia FINA Ke-18 di Gwangju, Korea Selatan, malam tadi mengundang persoalan adakah gandingan bidan terjun itu akan dikekalkan hingga Sukan Olimpik Tokyo 2020?

Peraturan Sukan Olimpik menetapkan kuota untuk acara terjun seirama terletak di tangan sesebuah negara. Sehubungan itu, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) boleh melakukan pertukaran dengan menyenaraikan mana-mana penerjun. 

Cheong Jun Hoong merupakan gandingan asal Pandelela tetapi dia masih menjalani pemulihan akibat masalah lutut sementara penggantinya, Kimberly Bong, juga dibelenggu kecederaan.

Situasi itu membuka ruang buat Mun Yee kembali bergandingan dengan penerjun dari Sarawak itu, dua minggu sebelum kejohanan bermula. 

Selain itu, Mun Yee pula di tahap kedua Program Podium dan dengan kejayaan itu, apakah dia akan dinaikkan ke tahap satu atas status layak ke Sukan Olimpik? 

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen