Finalis lima terbaik Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018, Rafiq Ismail, tidak pernah menyangka akan meraih kejuaraan berganda sepanjang tahun lalu yang disifatkannya cukup cemerlang sepanjang bergelar pemain boling tenpin negara.

Rafiq menjuarai kategori masters lelaki dalam Sukan Asia di Palembang, Indonesia, Ogos tahun lalu.

Dia kemudian mencipta kejutan dengan membawa pulang pingat emas daripada acara perseorangan Kejohanan Boling Tenpin Dunia di Hong Kong, hujung tahun lalu.

Baginya, kejayaan berganda itu amat sukar untuk diraih pada usianya yang baru menjangkau 21 tahun.

"Saya tidak mendapat kedudukan tiga terbaik dalam kebanyakan kejohanan yang saya sertai.

"Acara perseorangan bukanlah acara yang kami letakkan sasaran untuk meraih pingat memandangkan ia saingan hari pertama Kejohanan Dunia.

"Saya hanya fokus untuk memberikan aksi terbaik.

"Memenangi pingat sudah cukup baik buat saya, namun saya berjaya menjuarainya.

"Kejayaan meraih pingat emas Sukan Asia dan Kejohanan Dunia dalam tahun yang sama merupakan pencapaian terbesar yang saya tidak pernah jangkakan," katanya.

Jadi, undilah Rafiq untuk Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018!

Juga terdapat calon lain, iaitu Azizulhasni Awang (berbasikal trek), Goh Jin Wei (badminton), Ridzuan Puzi (olahraga para) dan Syarul Azman Mahen Abdullah (bina badan).

Setakat ini, Rafiq dilihat berpeluang cerah untuk mengungguli AJNA edisi kedua apabila meraih undian sebanyak 40.2 peratus, disusuli Jin Wei (33.6 peratus), Syarul Azman (11.9 peratus), Ridzuan Puzi (9.2 peratus) dan Azizulhasni (5.1 peratus).

Ayuh, mulakan proses pemilihan anda dengan cara klik di sini.