Permulaan yang menghampakan tetapi diakhiri dengan kejayaan.

Itu gambaran buat jaguh keirin negara, Azizulhasni Awang, di sebalik kegagalan mempertahankan gelaran juara dunia tahun lalu sehingga mencetuskan pelbagai persoalan mengenai kemampuannya.

Namun, perwatakannya untuk sentiasa menjadi yang terbaik kembali melonjakkan pelumba dengan gelaran The Pocket Rocketman itu dalam Sukan Asia Indonesia 2018.

Walaupun emas acara keirin gagal ditunaikan, namun kejayaan dalam saingan pecut individu tetap memberikan kepuasan tersendiri buat anak kelahiran Dungun itu.

Berikut adalah senarai pencapaian Azizulhasni sepanjang 2018:

- 1 emas, 1 perak & 1 gangsa dalam Sukan Asia Indonesia
- 1 perak & 1 gangsa Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) Nilai
- 1 perak & 1 gangsa dalam Siri Piala DuniaUCI (Berlin & London)

Jadi, undilah The Pocket Rocketman untuk Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018!

Juga terdapat calon lain, iaitu Rafiq Ismail (boling tenpin), Ridzuan Puzi (olahraga para), Goh Jin Wei (badminton) dan Syarul Azman Mahen Abdullah (bina badan).

Ayuh, mulakan proses pemilihan anda dengan cara klik di sini.